Mengapa umat Islam perlu menjauhi perayaan Valentine day ?
Jawapan;
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya
: Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini
(IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952
; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun,
jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas
asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas
dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat
sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai
contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan
sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari
raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf
dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini
bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak.
Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari
cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain
dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika
secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi
dilarang di atas dasar tersebut pula.
2)
Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan
majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut
bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan
dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. (
Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
3)
Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam
bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi
oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam
sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun
sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah
saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian,
saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak
bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih
sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti
silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang
sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak
kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
4)
Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia
menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih
yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya
bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..
5)
Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol
dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini
dari firman Allah yang bererti :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي
الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا
وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي
حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ
الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan
sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa
apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan
(oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.
Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa
dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang
munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa
beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu
hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka
majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine
yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah
kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri
majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya,
sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai
seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis
Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun
hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang
syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan,
ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi
s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah.
Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru,
kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya
mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi
syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli
khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual
anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan
dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
7)
Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan
Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari
Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
sumber. Zaharuddin.net
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)