Kaedah Mudah Hafal al-Quran

Mimpi dalam Islam

Pada suatu hari seorang wanita datang menemui Nabi. Beliau ingin bertanyakan maksud mimpi yang dialaminya.
"Suami sedang pergi dan ditinggalkannya aku dalam keadaan mengandung. Semasa aku tidur, aku telah bermimpi dirasakan tiang rumahku pecah. Dan aku melahirkan anak lelaki yang buta sebelah matanya." Demikian wanita itu menceritakan mimpinya kepada Nabi s.a.w.

"Bagus," jawab baginda. " InsyaAllah, suami engkau akan selamat kembali dengan sihat dan engkau akan melahirkan anak yang baik."

Wanita itu berasa lega mendengarnya.

Tetapi pada suatu masa yang lain, wanita itu datang ke rumah nabi. Baginda tiada di rumah dan beliau disambut isteri baginda Aisyah.  wanita itu datang bertujuan menceritakan mimpinya, oleh kerana baginda tiada di rumah, maka disampaikan kepada Aisyah.

....bersambung

Suatu hari, Nabi S.A.W pergi mengunjungi rumah anaknya Fatimah yang baru melahirkan seorang anak lelaki. Kegembiraan kelihatan terpancar di wajah baginda. "Mana cucuku, apa nama yang kau berikan?" demikian Nabi s.a.w berkata sesampai baginda di rumah Fatimah.

 "Aku berikan nama 'Harba', "jawab Ali bin Abi Thalib sebagai ayah kepada cucu baginda yang baru lahir itu.

"Namailah beliau Hasan,"kata Nabi s.a.w pula.

Lalu dinamakan cucu itu dengan nama Hassan bin Ali. Nama 'Harba' yang diinginkan Ali membawa maksud peperangan, kerana beliau sememangnya terkenal dengan semangat jihad dan sedia berjuang di medan jihad.

Tetapi Nabi tidak menyetujuinya walaupun hasrat Ali itu baik. Nama Hassan yang digantikan pula membawa erti "baik" , namun Ali dan Fatimah gembira di atas kurniaan Allah itu.

Beberapa tahun kemudiannya Fatimah melahirkan seorang lagi anak lelaki. Bapanya Ali bin Abi Talib memberikan namanya 'Harba'. Ketika Nabi s.a.w mengunjunginya Nabi bertanya "perlihatkan cucku kemari, apa nama yang kau berikan. " Harba," jawab Ali bin Abi Talib.

"Seeloknya namakan beliau Husein," jawab Nabi s.a.w mengantikan nama yang diberikan Ali. Bagaimanapun kedua-duanya (Ali dan Fatimah) bersetuju atas nama tersebut yang keduanya bererti baik. Nama inilah yang tetap terkenal sehingga ke hari ini.....

Oleh yang demikian, kita sebagai ibubapa mestilah menamakan anak dengan nama yang baik. InsyaAllah.

;;