Kaedah Mudah Hafal al-Quran

Kelebihan Sahur


Berpuasa merupakan amalan umat-umat terdahulu. Ahli Kitab di Kalangan orang Nasrani turut berpuasa. Namun begitu, puasa mereka berbeza dengan kita dalam beberapa perkara. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya " perbezaan di antara puasa orang Islamm dan Ahli Kitab (yahudi dan nasrani) adalah terletak pada pengambilan sahur kerana mereka tidak melakukannya".

Sahur bermaksud mengambil makanan ketika hampir waktu subuh. Menurut Zamaksyari, masa terbaik untuk bersahur adalah dua jam sebelum masuk waktu subuh. Malah lebih hampir dengan waktu subuh adalah lebih baik.

Alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur. Dia mendapat dua kebaikan. Pertama, dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua, dapat ganjaran pahala dan keberkatan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

السَّحوربركة فلا تداعوه  ولَو أن يجُرعَ أحدكم جرعة الماء

"sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seseorang  kamu hanya minum seteguk air "

antara kelebihan atau fadhilat sahur 

1. Kita akan mendapat pahala kerana ianya sunnah Rasulullah s.a.w
2. Dengan bersahur kita juga akan mendapat keberkatan kerana ia menguatkan jasmani org berpuasa dan meningkatkan rohani dari segi keikhlasan beribadah.
3. Bersahur dapat menolong mengurangkan perasaan marah yang disebabkan kelaparan.
4. Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah S.W.T
5. Pada waktu sahur itu juga kita berpeluang lebih untuk mengingati Allah.
6. Bersahur juga melatih kita menjaga kesihatan dari segi pemakanan kerana kita digalakkan bersahur dengan makanan yang mudah hadam, kurang atau tidak pedas serta diakhiri dengan susu.
7. Berkat bersahur di akhir watu adalah supaya kita dapat mengekalkan keupayaan fizikal lebih lama sehingga waktu berbuka.
8. Apabila kita bangun sahur, secara tidak langsung ia memberi kita peluang menikmati waktu terbaik menunaikan Qiamullail atau sekurang-kurangnya melatih menunaikan solat subuh selepas bersahu. 

1 Comment:

  1. maududi said...
    nice.. jom join >> http://ppdcgroup.blogspot.com/

Post a Comment