Kaedah Mudah Hafal al-Quran




Assalamulaikum dan selamat datang bagi yang berkunjung ke blog jomsurau, moga-moga kunjungan tuan-tuan beroleh sesuatu yang berguna dan bermanfaat. Alhamdulillah tidak lama lagi Umat Islam akan menyambut hari Raya Aidiladha atau hari raya korban..

Kali ini saya ingin berbicara mengenai rahsia khusyuk dalam solat yang mana ramai dikalangan kita tahu apa itu SOLAT dan Kenapa Kita SOLAT, Namun tidak ramai yang tahu bagaimana Khusyuk dalam Solat!..

Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, Ayat 45, Bahawa.. Solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, pada hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi kenapa masih lagi ramai yang melakukan perkara-perkara yang buruk. 

Persoalannya ; Kenapa perkara sedemikia boleh berlaku. Jawabnya: Para ulama' telah membahaskan tentang perkara ini dan membuat kesimpulan bahawa "Solat" yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah. Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya.

Hari ini, marilah kita ambil sedikit masa untuk menyemak semula amalan solat kita. Adakah ianya benar-benar sempurna dan sama sepertimana yang dilakukan oleh nabi kita Muhammad S.A.W.

Kerana nabi pernah berpesan... "Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat" hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Apabila nabi bersolat, baginda akan mengerjakannya dengan penuh khusyuk, begitu juga dengan sahabat-sahabat nabi, mereka akan melakukan solat dengan penuh khusyuk.

Tetapi kita hari ini, apabila sedang melakukan solat, pelbagai perkara yang terlintas dan bermain di fikiran. Fikiran pun mula melayang-layang, pada ketika itulah juga pelbagai perkara akan mula diingati, dari perihal kerja pejabat, kepada perihal rumahtangga, hal kewangan, hal anak-anak dan pelbagai lagi.

Sedihnya... Amalan solat yang sepatutnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, menjadikan kita sebaliknya. Kita semakin jauh dengan Allah dan Allah pula benci kepada kita sewaktu kita sedang solat. Nauzzubillah min zalik.

Bagaimana Untuk Solat Dengan Khusyuk?

Di dalam 13 rukun solat, terdapat 3 kategori rukun. Rukun fi'li (pergerakan), rukun qouli (bacaan) dan juga rukun qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, ketiga-tiga elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.

Bacaannya perlu tepat dan diselami maksudnya, perbuatannya juga perlu selaras seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Kesedaran, kehadiran dan tumpuan sepenuh hati ketika solat, akan menjadikan setiap solat yang dikerjakan penuh bermakna dan berbekas nikmatnya di dalam diri.

Jika semuanya itu dapat dilakukan dengan sempurna, insyallah, pasti amalan solat kita diterima Allah dan benteng diri terhadap godaan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, dapat diperkukuhkan.

Dalam satu kuliah maghrib di Surau al-Furqan fasa 2.Ustaz Hasnan menyampaikan satu tajuk yang amat penting iaitu " Rahsia Solat Khyusuk". Beliau menjelaskan dengan terperinci dan bermaklumat mengenai Rahsia Khusyuk Solat.



Bagi memudahkan orang ramai memahami dan mendalami rahsia Khusyuk dalam Solat, Ustaz Hasnan telah menerbitkan sebuah e-book dan rakaman digital untuk memudahkan umat Islam memahami Rahsia Khusyuk dalam solat.



Dengan e-book ini anda download ia terus ke dalam komputer, tab atau handphone anda dan terus membaca dan menontonnya. Harga untuk pakej ebook dan rakaman video ini hanyalah berharga RM27.00 sahaja


Hari ini umat Islam di Seluruh dunia menyambut Nuzul Al-Quran 1435 H .. Sebagaimana yang kita ketahui Al-Quran merupakan kalamuLLah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan Umatnya. Tahukah anda tentang peristiwa Nuzul al-Quran? 

Peristiwa nuzul al-Quran ini merupakan satu kurniaan Allah yang paling besar ke atas Nabi SAW di mana, al-Quran di turun atau diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran


'Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah kita di bulan Ramadhan dengan memperbanyakan amalan sunat dan membaca al-Quran..semoga kita semua mendapat keredhaan dan keampunanNya.

dipetik dari: Jakim


001. Koleksi Lengkap Kuliah Syarah Kitab Muqaddimah Aqidah Muslimin siri 1 - 22 (22 Kuliah - .zip file)
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?5p8x25l6qv1v7g9
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/fry9bq6qq1a8

Senarai Lengkap Kuliah (22 siri Kuliah):

001. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 01 - Muqaddimah
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?8gjnfaywfc5wo8y
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/gy44evzriyv4

002. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 02 - Islam Agama Nabi & Rasul
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?2w5mwgalodeiw75
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/trlr5cap1atc

003. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 03 - Pengertian Islam 1
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?f9md17gjj0tkhdn
Link 2 Hulkshare:

004. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 04 - Pengertian Islam 2
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?6279xww1t49qhrw
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/z1je0uq6m58g

005. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 05 - Iman dan Ciri-cirinya
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?swn5qwz2kk4kx7g
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/cn9oa202y5ts

006. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 06 - Iman & Islam
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?6q623ygb3cfvlrg
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/8v72cin60nwg

007. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 07 - Iman Yang Syumul
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?6no1n9gkz547z85
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/lf54ilk1t69s

008. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 08 - Iman & Islam & Syahadah
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?sdv2gqbg7838mig
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/4silqy1466ps

009. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 09 - Batal Iman 1
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?scg0uj68v1ql0d7
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/ysqpaooh3i80

010. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 10 - Batal Iman 2
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?ckt5mhxb225tu01
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/xasgimi8qy9s

011. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 11 - Batal Iman 3
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?7vh45hjldm378yj
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/gu6qhcyikirk

012. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 12 - Batal Syahadah 1-2
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?5ix7349r4h4ymbd
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/6ofeaftkjrb4

013. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 13 - Batal Syahadah 3-6
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?2kalv2pqo55q44i
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/lt6c4jrzp4w0

014. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 14 - Batal Syahadah 4-6
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?88q10b1i3kb9fko
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/72zun6z2yeww

015. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 15 - Batal Syahadah 7-12
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?rozrwry43hr19lg
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/tm472mwmdkow

016. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 16 - 10 Perkara Membatalkan Islam
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?vx4rfvf6vnvx5ci
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/r08w5r6lzv9c

017. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 17 - Masalah Paksaan
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?aimdwoc6abbcmio
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/718gfnd2vtvk

018. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 18 - Kufur dan Ciri-Cirinya
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?vq8i7bz19cdkb53
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/qkohd5d32u4g

019. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 19 - Syirik
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?ihxhjmaft5d4x8t
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/rxe0tde72n0g

020. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 20 - Riddah - Nifaq
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?g13usnt0y1ocboq
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/4pucuorgm2o0

021. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 21 - Bhgn Kufur
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?b5fhwbv5jfxxaxm
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/55209vegef28

022. Muqaddimah Aqidah Muslimin Siri 22 - Kufur Zaman Kini (Tamat)
Link 1 Mediafire: http://www.mediafire.com/download.php?zdmwc7zgulwi6dl
Link 2 Hulkshare: http://www.hulkshare.com/psa09v0l8jy8

Untuk senarai lengkap Kuliah Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, boleh didapati di: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman


MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Pengenalan

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

 Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

Doa Lepas Solat


Yang bermaksud:

 "Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang "

"Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda."

Moga-moga doa ini dapat diamalkan selepas solat dan beroleh Rahmat, Petunjuk dan Maghfirah Allah Subhanahu Wa Taala. Amin


Maksudnya: " Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. "

Bagi memudahkan kita ingat, mari kita sama-sama dengar dan hayati lagu Dhuha yang  disampaikan oleh kumpulan Nasyed UNIC



Doa Masuk Rumah


Doa Keluar Rumah


Bagi memudahkan menghafal doa ini, apakata kita saksikan video tube tentang doa ini.






“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud 4/353)

Lailatul Qadar merupakan malam yang di mana Allah S.W.T memberi ganjaran yang amat besar untuk umat Islam, sebagaiman FirmanNya yang bermaksud: "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
di malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam lain di bulan Ramadhan. Sebgaimana dalam sebuah Hadith ;
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)


Sedar atau tidak 15 hari sudah dari bulan Ramadan telah pergi, persoalannya ; Adakah kita masih lagi alpa dengan keseronokan dunia? Sudahkah kita melipat gandakan amalan kita? Janganlah kerana kesibukan dunia, kita lupa yang kita sedang berada di bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta’ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:- “Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni’.” 
(riwayat Bukhari 6321 dan Muslim 758)
Maka amat beruntunglah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan yang mulia ini. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dan pintu itu  dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa.
Sesungguhnya Nabi dan para sahabat baginda, apabila tibanya bulan ramadan mereka memperhebatkan amalan soleh berbanding bulan-bulan lain, sebagaimana dalam doa yang mereka amalkan Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhan.iaitu pengharapan supaya dapat bertemu bulan Ramadan, yang mana Allah gandakan pahala berlipat kali ganda. 
Antara amalan yang dianjurkan pada bulan ramadan seperti Solat berjemaah dan berterawikh, Qiyamullail, Bersedekah, Iktikaf di Masjid, memperbanyakkan selawat, memberi makan orang yang berpuasa , Membaca al-Quran dan sebagainya. Moga-moga amalan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas akan mendapat keampunan dari Allah Subhanahu Wa Taala.


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu, kebesaran dan kelebihan bulan Ramadhan begitu besar di sisi Allah S.W.T. Dalam bulan ramadhan umat islam disyariatkan berpuasa. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; 

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya, 

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia, 

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih, 

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal. 

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei] 

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim] 

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai. 

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan. 

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya. 

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt. 

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy]. 

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’. 

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. 

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya. 

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. 

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. 

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim]. 

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah]. 

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya. 

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. 

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. 

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei]. 

Definisi
 
Jamak bermaksud 'dihimpunkan'

Qasar bermaksud  'dipendekkan'


Perhatian

  • Perlu diingatkan- kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah dengan niat "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".

  • Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)
  Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim             kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)
Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

"Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar" Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".


Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
 
Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.


Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)
 
Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir
"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah

"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

;;