Kaedah Mudah Hafal al-Quran


Sedar atau tidak 15 hari sudah dari bulan Ramadan telah pergi, persoalannya ; Adakah kita masih lagi alpa dengan keseronokan dunia? Sudahkah kita melipat gandakan amalan kita? Janganlah kerana kesibukan dunia, kita lupa yang kita sedang berada di bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta’ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:- “Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni’.” 
(riwayat Bukhari 6321 dan Muslim 758)
Maka amat beruntunglah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan yang mulia ini. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dan pintu itu  dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa.
Sesungguhnya Nabi dan para sahabat baginda, apabila tibanya bulan ramadan mereka memperhebatkan amalan soleh berbanding bulan-bulan lain, sebagaimana dalam doa yang mereka amalkan Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhan.iaitu pengharapan supaya dapat bertemu bulan Ramadan, yang mana Allah gandakan pahala berlipat kali ganda. 
Antara amalan yang dianjurkan pada bulan ramadan seperti Solat berjemaah dan berterawikh, Qiyamullail, Bersedekah, Iktikaf di Masjid, memperbanyakkan selawat, memberi makan orang yang berpuasa , Membaca al-Quran dan sebagainya. Moga-moga amalan yang kita lakukan dengan penuh ikhlas akan mendapat keampunan dari Allah Subhanahu Wa Taala.

0 Comments:

Post a Comment