Kaedah Mudah Hafal al-Quran

cara solat sunat witir

Pengertian

Solat witir dilakukan sebelum kita tidur malam. Kita boleh melakukan sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau 11 rakaat. Bilangan melakukan solat witir sekurang-kurangnya satu rakaat dan makruh hukumnya. Solat witir ini adalah solat ganjil dan Rasulullah s.a.w bersabda :

 Ertinya :- “Wahai ahli al-Quran! Tunaikanlah (solat) witir (ganjil), maka sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai kepada yang ganjil”. [Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]


Bacaan Ketika solat

Bacaan ketika melakukan solat witir selepas membaca surah al-Fatihah ada Saidatina Aishah isteri Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa :-
 Ertinya :- “Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca pada rakaat pertama dari solat witir dengan membaca surah pembuka kitab (al-Fatihah) dan membaca surah al-A’la. Dan pada rakaat kedua membaca surah al-Kafirun. Dan pada rakaat ketiga membaca surah al-Ikhlas dan surah al-Falaq serta surah an-Nas”. [Riwayat Ibn Hibban]

Setelah selesai menunaikan solat sunat witir Rasulullah s.a.w berzikir :- 
Ertinya :- “Apabila Rasulullah s.a.w memberi salam dari solat witir, telah berkata ‘Segala puji tuhan yang Maha Suci”. [Riwayat Abu Daud]

Kemudian kita mengakhiri zikir tadi dengan membaca doa sepertimana yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w :-

Setelah selesai menunaikan solat sunat witir Rasulullah s.a.w berzikir :-
Ertinya :- “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata pada akhir witirnya : ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada balasan-Mu, dan aku berlindung dengan Mu sepertimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.” [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Nasaie] 

 sumber: ustazimad

  

0 Comments:

Post a Comment