Kaedah Mudah Hafal al-Quran


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


 

Puasa jangan tak puasa!


Alhamdulillah, kita sekarang berada dihari ke12 Ramadhan , fasa ke2 di bulan yang mulia. Di mana Allah janjikan keampunan bagi orang yang berpuasa.

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Dan di fasa ke-3 Allah menjanjikan keselamatan dari api Neraka.

Dalam bulan Ramadhan kita digalakkan banyak berdoa kepada Allah S.W.T , antara doa yang boleh kita amalkan bersama,

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Beruntunglah bagi orang yang berpuasa- dengan ertikata yang sebenar-benarnya. Lakukan yang terbaik...mudah-mudahan puasa kita diterima..Aminn!

"sekadar hiburan dibulan puasa..jangan ade yang terasa"
 

Kelebihan Sahur


Berpuasa merupakan amalan umat-umat terdahulu. Ahli Kitab di Kalangan orang Nasrani turut berpuasa. Namun begitu, puasa mereka berbeza dengan kita dalam beberapa perkara. Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya " perbezaan di antara puasa orang Islamm dan Ahli Kitab (yahudi dan nasrani) adalah terletak pada pengambilan sahur kerana mereka tidak melakukannya".

Sahur bermaksud mengambil makanan ketika hampir waktu subuh. Menurut Zamaksyari, masa terbaik untuk bersahur adalah dua jam sebelum masuk waktu subuh. Malah lebih hampir dengan waktu subuh adalah lebih baik.

Alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur. Dia mendapat dua kebaikan. Pertama, dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua, dapat ganjaran pahala dan keberkatan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

السَّحوربركة فلا تداعوه  ولَو أن يجُرعَ أحدكم جرعة الماء

"sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seseorang  kamu hanya minum seteguk air "

antara kelebihan atau fadhilat sahur 

1. Kita akan mendapat pahala kerana ianya sunnah Rasulullah s.a.w
2. Dengan bersahur kita juga akan mendapat keberkatan kerana ia menguatkan jasmani org berpuasa dan meningkatkan rohani dari segi keikhlasan beribadah.
3. Bersahur dapat menolong mengurangkan perasaan marah yang disebabkan kelaparan.
4. Waktu sahur juga merupakan waktu doa mudah dimakbulkan Allah S.W.T
5. Pada waktu sahur itu juga kita berpeluang lebih untuk mengingati Allah.
6. Bersahur juga melatih kita menjaga kesihatan dari segi pemakanan kerana kita digalakkan bersahur dengan makanan yang mudah hadam, kurang atau tidak pedas serta diakhiri dengan susu.
7. Berkat bersahur di akhir watu adalah supaya kita dapat mengekalkan keupayaan fizikal lebih lama sehingga waktu berbuka.
8. Apabila kita bangun sahur, secara tidak langsung ia memberi kita peluang menikmati waktu terbaik menunaikan Qiamullail atau sekurang-kurangnya melatih menunaikan solat subuh selepas bersahu. 

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamulaikum, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia, tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita seharusnya merasai kehangatan Ramadhan pada kali ini lebih  dari biasa, dengan melipat gandakan amalan berbanding Ramadhan sebelum ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya di tahun hadapan. 



;;