Kaedah Mudah Hafal al-Quran

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2011 / 1432 - 1433 H BAGI MALAYSIA
HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1432 / 15 Feb 2011 Maulidur Rasul
27 Rejab 1432 / 29 Jun 2011 Israk dan Mikraj
*1 Ramadhan 1432 / 1 Ogos 2011 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1432 / 17 Ogos 2011 Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 1432 / 30 Ogos 2011 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
*1 Zulhijjah 1432 / 28 Oktober 2011 Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 1432 / 6 November 2011 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1433 / 27 November 2011 Awal Muharam/Maal Hijrah

* * Tertakluk kepada perubahan 


AlhamduliLLah kita masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan Sya ban,  dan tidak lama lagi kita akan bertemu dengan ramadhan..Rindu hati tak terkira betemu bulan yang mulia, elok rasanya kita semua merenung sejenak amalan kita. Masih tak terlambat untuk kita menghiasi bulan Sya ban dengan amalan-amalan sunat seketika kita singgah dibulan Sya ban, menanti kunjungan bulan ramadhan.

1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. 

2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha. 

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan: 

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan. 

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya. 

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”. 

3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah: 

i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia. 

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat. 

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan. 

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

        semoga bertemu kita di Bulan Ramadhan dengan keadaan BERSIH.

2 Comments:

  1. Unknown said...
    salam ziarah...
    Dinar said...
    Alhamdulillah. Perkongsian yang amat baik sebagai usaha saling ingat-mengingati. terima kasih.

Post a Comment