Kaedah Mudah Hafal al-Quran

Satu kampung masuk kristian

Salam, di sini saya nak berkongsi cerita. terdapat sebuah kampung orang Islam dipanggil Kelpu dalam daerah (kabupaten) iaitu terletak diJawa timur telah bertukar menjadi kampung kristian katolik. Sebelum kampung itu menjadi kampung katolik, terdapat 2,541 orang tinggal di kampung tersebut..100% mereka orang islam. Pada tahun 1968, seorang guru Katolik tiba dikampung tersebut. Tidak lama kemudian, sebuah gereja telah diasaskan dipanggil "the most holy church" yang mana gereja tersebut paling besar di daerah itu. 

Ia merupakan satu permulaan dan usaha yang direncanakan secara sistematik. Terdapat pelbagai usaha dijalankan untuk menkristianisasikan masyarakat islam dikampung tersebut antaranya, menukarkan ketua kampung kepada ketua kampung beragama katolik begitu juga dengan jawatankuasa kampung. manakala murid2 yang tamat pelajaran diperingkat rendah masuk kristian utuk membolehkan  mereka mendapat tempat disek menengah katolik.

Antara lain gereja memberikan bantuan makanan yang berterusan kepada orang ramai di kampung tersebut. Semua bantuan yang diperolehi datangnya dari berbagai-bagai gereja dan individu di jerman barat dan lain-lain negara. Dalam tempoh 14 tahun hampir separu penduduknya telah menganut agama kristian katolik. 

Negara kita pun tidak terkecuali dari misi mubaligh kristian sebagai contoh diperkampungan orang asli diPahang, sebahagian orang asli di sana telah menukar agama mereka kepada Kristian. Ini didedahkan oleh sultan Pahang ketika melawat pusat Islam sekitar tahun 1987 yang mana baginda bertitah " Ramai orang asli yg memeluk Islam tetapi malangnya terbiar, menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan mubaligh Kristian yang menggunakan pendekatan kebendaan."

sebab itu sebagai Seorang muslim kita perlu mengambil pendekatan sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 25 dalam menjalankan kerja dakwah yang bermaksud

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat (yakni dengan penuh strategi dan perancangan) dan nasihat yang baik dan berbantahlah dengan mereka itu(yakni orang-orang kafir) dengan cara yang paling baik.."

0 Comments:

Post a Comment