Kaedah Mudah Hafal al-Quran

Peristiwa Luar Biasa

Tiap kali kedatangan bulan Rejab, orang-orang Islam akan segera mengingati peristiwa Israk dan Mikraj Nabi. s.a.w. Perjalanan malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis (Israk) dan perjalanan naik ke langit (Mikraj) telah membawa cerita-cerita kebesaran Allah. Umumnya kita sudah mengetahui mengenainya.

       Pada hari sekembalinya Nabi dari perjalanan itu, baginda termenung memikirkan apakah reaksi orang ramai berkenaan berita itu. Seketika Baginda duduk itu, Abu Jahal datang menghampiri dan bertanya:

        "Ada apa-apa perkhabaran baru?"
        "Ada," jawab Nabi s.a.w.
        "Khabar apa ?" tanya Abu Jahal lagi.
        "Malam tadi aku dibawa pergi," jawab Nabi.
        "ke mana? " tanya Abu Jahal, yang mula resah.
        " ke Baitul Maqdis," jawab Nabi.

         "Dan engkau berada di sini?" tanya Abu Jahal lagi..Dihatinya sudah pun terlintas 'jika cerita ini dibawa kepengetahuan orang ramai, pasti mereka akan tertawakan nabi. lalu Abu Jahal berusaha mengumpulkan orang ramai untuk mendengar cerita Nabi.

         Reaksi mereka berbelah bagi, ada yang kehairanan, ada yang sekadar bertepuk tangan, ada yang mengejek dan memperli Baginda. Dalam pada itu cerita tersebut sampai ke telinga Abu Bakar. Namun Abu Bakar membenarkannya bersungguh-sungguh, kerana Abu Bakar percaya sekiranya berita tersebut keluar dari mulut Nabi s.a.w, maka itu memang benar-benar berlaku.

         .....nantikan sambungannya

0 Comments:

Post a Comment